Pembangunan Alat Bantu Mengajar untuk Pengukuran Paras dan Aliran Bendalir dalam Kursus Instrumentasi di Politeknik
Abstract
Merujuk kepada Teras 4 dalam Pelan Strategik Politeknik yang bertujuan untuk menerajui sistem pendidikan melalui TVET 4.0, salah satu objektif utama adalah meningkatkan keberkesanan mekanisme penyampaian pengajaran. Selaras dengan ini, pelbagai inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dibangunkan untuk memastikan penyampaian yang lebih inovatif dan mudah difahami. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Alat Bantu Mengajar (ABM) yang difokuskan pada Pengukuran Paras dan Aliran Bendalir dalam kursus Instrumentasi di Politeknik. Topik yang dipilih adalah berkaitan dengan pengukuran paras cecair dan aliran bendalir. ABM ini dilengkapi dengan beberapa alat instrumentasi yang berfungsi untuk memvisualisasikan bentuk fizikal serta prinsip operasi alat-alat tersebut, dengan tujuan meningkatkan kefahaman pelajar dan keberkesanan penyampaian dalam PdP.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS