Keberkesanan Podcast sebagai Sumber Pembelajaran Bebas dalam Subjek Pemasaran: Kajian Terhadap Pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Authors

  • Siti Nor A`Khidah Samsudin binti
  • Aini Hazrin Ahmad Anuar

Abstract

Podcast  telah berkembang menjadi alat yang berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat dalam institusi pendidikan tinggi (Fernández et al., 2009). Mereka meningkatkan hubungan antara pelajar dan pensyarah dan berfungsi sebagai alternatif kepada sumber tradisional (Hutabarat, 2020). Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan podcast sebagai sumber pembelajaran bebas dalam subjek pemasaran, dengan fokus kepada pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Penggunaan teknologi podcast sebagai medium pembelajaran bebas semakin mendapat perhatian dalam pendidikan tinggi kerana fleksibiliti dan kemampuan untuk menyediakan kandungan pendidikan yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kebanyakan kajian terdahulu lebih menumpukan kepada keberkesanan podcast dalam konteks pembelajaran umum, namun kajian khusus yang menilai keberkesanan podcast dalam bidang pemasaran masih terbatas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menyebarkan soal selidik secara atas talian kepada 150 orang Diploma Pemasaran di POLIMAS yang telah menggunakan podcast sebagai alat pembelajaran dalam kursus pemasaran mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mengenalpasti hubungan antara penggunaan podcast dengan pemahaman konsep pemasaran dan kepuasan pelajar. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa penggunaan podcast mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar dan membantu mereka memahami topik-topik pemasaran dengan lebih mendalam serta memberi mereka kebebasan untuk belajar mengikut masa dan keselesaan mereka sendiri.

 

Key words:  Podcast, pembelajaran bebas, Diploma Pemasaran, Pendidikan Tinggi

 

 

 

 

Downloads

Published

2024-09-09

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)