Kesediaan Alumni Program Sijil Fesyen Dan Pakaian (SFP) Kolej Komuniti Arau Dalam Mendepani Cabaran Revolusi Industri (IR 4.0)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan alumni program Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) di Kolej Komuniti Arau dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Kajian ini melibatkan responden alumni SFP Kolej Komuniti Arau yang telah tamat pengajian dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Seramai 52 alumni telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 untuk menjana statistik deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan alumni SFP Kolej Komuniti Arau dalam menghadapi IR 4.0 adalah sederhana, dengan keperluan untuk peningkatan kemahiran teknologi dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam industri fesyen dan pakaian. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Kolej Komuniti Arau dalam mengkaji semula kurikulum program SFP dan melaksanakan program pembangunan kemahiran bagi memastikan kesediaan alumni dalam menghadapi IR 4.0 dan memenuhi keperluan industri fesyen dan pakaian yang semakin berkembang di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS