INOVASI ‘FREE ENERGY RAM PUMP’

  • Syahira Binti Mohd Zayadi Dr
  • Muhd Nazmi Bin Ismail Dr
  • Zainuddin Bin Jaafar

Abstract

: Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap dan optimum tanpa pembaziran untuk menjamin bekalan air kepada pengguna. Penggunaan sistem yang betul untuk menyalurkan air mampu untuk memberi manfaat kepada manusia. Antara peralatan atau jentera yang digunakan untuk menguruskan air dalam  pertanian salah satunya adalah pam. Free Energy Ram Pump (FERP) merupakan salah satu peralatan yang dapat membantu untuk menyalurkan air. FERP merupakan alat yang mampu untuk mengepam air dari kawasan rendah ke kawasan yang lebih tinggi. Pam ini boleh dilaksanakan secara sendiri tanpa menggunakan sumber bahan api. Perkara ini dapat menjimatkan proses kos operasi untuk sektor pertanian. FERP merupakan alat yang direkabentuk menggunakan konsep hidraulik dan aplikasi sistem perpaipan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah pam iaitu Free Energy Ram Pump (FERP) dan menguji kebolehlaksanaan alat untuk mengepam air dari kawasan rendah ke kawasan yang lebih tinggi. Mengenalpasti masalah yang mungkin timbul dan juga memberi cadangan kaedah terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Skop kajian ini meliputi pada keberkesanan serta kaedah soal selidik yang dilakukan bagi memastikan FERP yang direka mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu praktikal serta dapat mengepam air. Kajian ini juga merangkumi kajian literatur, penggumpulan maklumat dari soal selidik, lawatan ke lokasi kajian, penganalisaan maklumat yang diperolehi dan akhir sekali penulisan laporan kajian. Hasil daripada rekabentuk tersebut, ianya dapat berfungsi sebagai alat yang mampu untuk menyalurkan air bagi melakukan aktiviti pertanian.

 

Kata Kunci:  Free Energy Ram Pump (FERP), pengurusan air, pam, sistem perpaipan, hidraulik

Published
2020-10-01
Section
Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)