PENYERTAAN 
 
Sepanjang separuh pertama tahun 2013 iaitu dari Januari 2013 hingga Jun 2013, POLIMAS telah menganjur dan menyertai beberapa pertandingan iaitu : 
 
Menganjur dan menyertai iCompEx POLIMAS Sesi Disember 2012 yang diadakan pada 10 April 2013 di Student Mall, Sri Mas 1 dan Bilik Seminar CISEC, POLIMAS. Sebanyak 32 penyertaan dalam kategori pelajar dan tujuh daripadanya telah mendapat Gold Award Certificate, empat belas mendapat Silver Award Certificate dan enam mendapat Bronze Award Certificate. Projek yang bertajuk Portable PIC Trainer telah mendapat Johan Kategori Reka Bentuk, projek yang bertajuk K.H.S. Gas Mask telah mendapat Johan Kategori Produk dan projek yang bertajuk Inspection Robot telah mendapat Johan Kategori Perkhidmatan. 

 Menyertai International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX) dan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MYIYO) 2013 pada 16 hingga 18 April 2013 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Daripada sepuluh penyertaan, POLIMAS telah mendapat tiga Gold Medal, tiga Silver Medaldan empat Bronze Medal. Projek yang bertajuk Prototype of Corn Crusher Machine telah mendapat anugerah i-ENVEX Best Award Classed F dan projek Mechanical Can Compactor telah mendapatSpecial Prize Romanian Inventors Forum. 
Menyertai Sesi Penilaian Akhir untuk Anugerah Harta Intelek Negara 2013 (AHIN 2013) pada 17 April 2013 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kuala Lumpur dalam kategori Reka Bentuk Perindustrian. Projek yang terlibat adalah Solar Grass Cutter yang dicipta oleh Pn Norshila Abu Bakar dan pasukannya. 
Menyertai 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX’13) pada 9 hingga 11 Mei 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre. Daripada empat penyertaan, POLIMAS telah mendapat satu Gold Medal dan tiga Silver Medal