INOVASIi

 
LATAR BELAKANG 
 
Menurut The New Oxford Dictionary of English (1998), innovation bermaksud membuat perubahan untuk menjadikan sesuatu lebih teguh dengan memperkenalkan satu pembaharuan kepada sesuatu. Ini telah dijelaskan lagi oleh David O‚ÄôSullivan dan Lawrence Dooley (2009) yang menjelaskan bahawa innovationadalah proses melaksanakan perubahan untuk menjadikan sesuatu lebih baik dari sebelumnya dengan menambah satu atau beberapa elemen baru yang bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan.Invention pula satu perkataan yang selalu digunakan bersama dengan innovation, sudah tentu wujud perbezaan di antaranya. Menurut The New Oxford Dictionary of English (1998) lagi, invention adalah penghasilan sesuatu yang baharu, yang tidak pernah ada lagi sebelum ini. Namun tidak bermakna hasil dariinvention itu telah dapat memuaskan hati pelanggan, misalnya dalam bentuk produk. Tetapi alangkah baiknya kalau hasil invention itu boleh menyelesaikan sesuatu. Namun tanpa innovation ke atas produk baharu, sudah pasti produk baharu itu tidak akan dapat pergi jauh, apatah lagi untuk menyelesaikan masalah sejagat yang sentiasa mempunyai masalah yang lebih kompleks dari masa ke semasa. 
 
Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang pesat sejak kemerdekaan dengan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 6% setahun. Pertumbuhan ini adalah berasaskan sumber-sumber negara seperti petroleum, komoditi seperti getah, kelapa sawit dan pembuatan. Kejayaan ini sebenarnya telah didorong oleh faktor pendorong tradisional yang melibatkan pembangunan tanah pertanian, sumber bahan mentah, kos buruh yang kompetetif dan modal yang mencukupi. Tetapi dunia sentiasa berubah, begitu juga dengan ekonomi yang menjadi penentu kepada kejayaan dan kekayaan negara. Oleh itu asas kepada pemacuan ekonomi juga perlu berubah. Ekoran keadaan dunia yang memerlukan perubahan ini, Majlis Inovasi Negara melalui rangka Model Inovasi Negara telah memberi fokus kepada dua komponen utama iaitu TEKNOLOGI YANG DIPACU OLEH INOVASI dan PASARAN YANG DIPACU INOVASI.