Rekabentuk Dulang Makanan Automatik Untuk Penyajian Makanan Menggunakan Arduino

Authors

  • Ku Nasharudin bin Ku Hamid @ Ku Ismail
  • Norlaili Binti Abdul Rahman @ Abdul Rahim
  • Ir. Dr. Nik Ahmad Faris bin Nik Abdullah3

Abstract

Penyajian makanan yang cekap dan konsisten merupakan satu keperluan penting dalam sektor hospitaliti, katering, penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan pelanggan. Namun, penyajian secara manual sering terdedah kepada kelewatan, pencemaran silang, kesilapan manusia, dan kos buruh yang tinggi. Dengan perkembangan teknologi automasi, inovasi sistem penyajian automatik menjadi semakin relevan. Kajian ini memperkenalkan satu sistem dulang makanan automatik berasaskan Arduino yang menggunakan gabungan actuator dan limit switch untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian makanan. Pembangunan prototaip melibatkan proses pemilihan komponen elektronik, reka bentuk mekanikal, integrasi sistem kawalan, dan ujian prestasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem ini dapat mengurangkan masa buka dan tutup penutup dulang sebanyak 30%, meningkatkan ketepatan buka dan tutup penutup dulang hingga 95%. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan sistem automasi dalam sektor makanan dan membuka potensi untuk integrasi lanjut bersama teknologi IoT dan kecerdasan buatan.

Keywords: Dulang makanan automatik, Arduino, penyajian makanan, automasi, limit switch

Downloads

Published

2025-10-18