Penggunaan Lampu Jalan Pintar Di Bandar Jitra
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka aplikasi penggunaan lampu jalan pintar yang bertujuan untuk mencapai penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan efisien di dalam pengurusan bandar pintar. Kertas kerja ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai pembangunan infrastruktur pencahayaan jalan awam pintar yang disesuaikan untuk aplikasi IoT di bandar pintar. Tumpuan diberikan kepada peralihan daripada pencahayaan konvensional kepada teknologi Diod Pemancar Cahaya (LED) dalam sistem pencahayaan jalan. Selain itu, konsep bandar pintar merujuk kepada penerapan infrastruktur digital moden untuk membangunkan fungsi inovatif dan menghubungkan pelbagai aplikasi, sejajar dengan paradigma IoT. Penemuan utama daripada kajian yang dicadangkan telah mempertingkatkan pengetahuan mengenai aplikasi pencahayaan jalan awam pintar. Sistem ini menggabungkan tiang pintar yang dilengkapi dengan teknologi lampu LED, sensor pintar, rangkaian komunikasi dan unit pemantauan, dengan memanfaatkan kemajuan teknologi semasa dalam aplikasi IoT.Sistem ini memberikan impak yang signifikan terhadap pembangunan infrastruktur bandar pintar melalui peningkatan kecekapan tenaga, tahap keselamatan dan kelestarian alam sekitar.
Kata Kunci: Lampu Jalan, Bandar Pintar, Internet of Thing (IoT)
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS