Persepsi Pengguna Terhadap Ketersediaan dan Pencarian Tempat Letak Kereta di Kawasan Komersil. Kajian Kes: Pekan Jitra, Kedah
Abstract
Masalah ketersediaan dan pencarian tempat letak kereta ini sering menjadi punca kepada gangguan aliran trafik di kawasan bandar khususnya di kawasan komersil pada waktu puncak. Pengurusan yang cekap dan efektif bagi kemudahan tempat letak kereta di kawasan komersil perlu diterapkan selaras dengan hasrat negara dalam mencapai aspirasi Negara Pintar (Smart Nation) pada tahun 2040 serta merupakan salah satu Bidang Fokus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu "memperkukuh agenda bandar pintar ke arah perbandaran baharu". Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna di kawasan komersil terhadap kemudahan tempat letak kereta “on street” di kawasan komersil, kajian kes Pekan Jitra, Kedah. Objektif kajian adalah bagi mengenal pasti, tahap ketersediaan, pencarian dan cadangan tempat letak kereta pintar untuk meningkatkan tahap kecekapan capaian tempat letak kereta kepada pengguna. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif iaitu kaedah kuantitatif iaitu soal selidik terhadap 124 orang responden dan tinjauan kajian tempat letak kereta di kawasan kajian. Penemuan kajian mendapati tahap ketersediaan dan pencarian memperolehi min 2.32 sederhana dan min 1.78 rendah. Oleh itu cadangan penambaikan terhadap ketersediaan dan pencarian kemudahan tempat letak kereta yang lebih efisyen dan efektif dalam mencapai aliran trafik yang lancar dan adalah sangat penting bagi memastikan pengguna lebih selesa berkunjung ke kawasan komersil.
Kata Kunci: Tempat letak kereta, ketersediaan, pencarian.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS