Kajian Potensi Pelancongan Warisan di Kampung Seri Banian, Pendang, Kedah
Abstract
Pelancongan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Pelancongan warisan merupakan pelancongan yang unik dan pengunjung akan dapat merasakan pengalaman zaman silam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi pelancongan warisan di Kampung Seri Banian, Pendang Kedah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep pelancongan warisan di kawasan kajian, dan potensi sebagai kawasan pelancongan warisan serta mengkaji elemen-elemen pelancongan warisan yang terdapat di kawasan kajian.. Kajian ini terdapat lima peringkat iaitu peringkat yang pertama merupakan rangka kerja kajian. Peringkat yang pertama merangkumi objektif, skop kajian, permasalahan kajian dan kaedah kajian yang dipilih. Peringkat yang kedua merupakan peringkat yang menerangkan secara lebih teliti berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pada peringkat yang ketiga merupakan penerangan berkenaan kawasan kajian. Seterusnya, peringkat yang keempat merupakan analisis kajian yang dilakukan oleh pengkaji melalui borang soal-selidik. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif dan persampelan iaitu melibatkan 50 responden yang terdiri daripada pengunjung Kampung Seri Banian. Hasil dari analisis tersebut, terdapat beberapa penemuan kajian yang dinperolehi berdasarkan objektif kajian. Akhir sekali adalah cadangan bagi memajukan pelancongan warisan di tapak kajian dan cadangan tersebut seharusnya selari dengan objektif kajian. Pada peringkat ini terdapat tiga kategari cadangan iaitu cadangan fizikal bertujuan untuk memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke Kampung Seri Banian. Cadangan aktiviti bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung ke Kampung Seri Banian serta menjadikan kawasan kajian sebagai ikon pelancongan warisan budaya Negeri Kedah.
Kata kunci: Pelancongan, pelancongan warisan budaya, potensi pelancongan warisan
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS