Prototaip Smart Water Meter Berasaskan IoT

Authors

  • Azimah binti Ismail
  • Suzana Binti Shafie
  • Syaiful Nizam Bin Ab Rahim

Abstract

Peningkatan kecekapan dalam pengurusan sumber daya air menjadi penting mengingat pertumbuhan populasi dan tekanan terhadap bekalan air bersih. Dalam konteks ini, pengembangan Smart Water Meter (SWM) menjadi penyelesaian yang menjanjikan. SWM menggunakan teknologi sensor dan komunikasi data untuk mengukur, memantau, dan mengelola konsumsi air secara real-time. Meter air pintar ini merupakan meter air yang canggih kerana. Data yang dikumpulkan oleh meter ini dapat diakses melalui platform digital yang terhubung ke jaringan pintar, memberikan pengguna untuk memantau dan mengelola pengunaan air mereka secara lebih berhemah. Inovasi ini mengfokuskan pemasangan dikawasan perindustrian kerana kawasan pemasanganya lebih strategik dan pendedahan terus oleh cahaya matahari. Meter air pintar yang dihasilkan mengunakan Arduino Nano adalah cip micropengawal kos rendah yang dilengkapi dengan wifi dan boleh menghubungkan pelbagai sensor untuk melakukan sesuatu kerja. Seterusnya data-data yang diperolehi dihantar oleh sim module 800L gsm ke server yang ditetapkan. Tenaga yang digunakan untuk menghidupkan litar meter air pintar ini adalah bateri dimana ianya dicas semula oleh cahaya matahari atau lebih dikenali sebagai solar sistem. Seterusnya data yang diperolehi dapat juga dilihat oleh pemilik meter air menggunakan applikasi ThingView di dalam telefon pintar. Dengan adanya inovasi pada meter air ini yang berasaskan IoT ianya dapat memudahkan pekerja syarikat air malah dapat memberikan kebaikan kepada pemilik meter air. Harapan pengkaji agar inovasi terhadap meter air ini dapat sedikit sebanyak membantu dan berkembang di dalam sektor perindustrian.

Downloads

Published

2024-11-19

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)