Merekabentuk Perangkap Lalat Mudah Alih Bertenaga Solar

Authors

  • Syed Mohd Fadly Bin Syed Hassan
  • Neza Nurulhuda Binti Nekmat
  • Syaiful Nizam Bin Ab Rahim

Abstract

Projek ini diinspirasikan oleh masalah lalat yang banyak di kawasan perumahan rumah sewa. Objektif utama projek adalah untuk mereka bentuk satu perangkap lalat mudah alih bertenaga solar dan menguji kebolehfungsian perangkap dalam menangkap lalat. Penghasilan projek ini mengambil masa yang lama dan menggunakan kos pencetakan yang tinggi. Penyelesai menggunakan bahan mencetak seperti PLA filament dan bahan-bahan sedia ada yang boleh didapati di kedai berhampiran. Makanan digunakan sebagai umpan untuk menarik perhatian lalat, dan mesin perangkap ini menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan 'lid' yang menghimpit lalat masuk ke dalam lubang kecil di tengah lid. Pelekat lalat dipasang di dalam kotak tempat jatuhnya lalat tersebut. Proses penghasilan menggunakan "additive manufacturing" dan penambahbaikan dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada kajian terdahulu. Hasil rekabentuk menunjukkan bahawa mesin tidak menghadapi sebarang masalah atau ralat setelah penambahbaikan dilakukan. Analisis projek menunjukkan bahawa alat ini berjaya memerangkap lalat dan mematikannya serta mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain. Justeru itu, alat ini berjaya mencapai kedua-dua objektif yang diingini dan berpotensi menyelesaikan masalah lalat di kawasan perumahan rumah sewa.

Downloads

Published

2024-11-19

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)