Keberkesanan Penilaian Field Trip Observation Dalam Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Pelajar Bagi Kursus Introduction to Retailing Di POLIMAS

Authors

  • Mastura Mohamad Noor mrs
  • Suriani Md Saleh
  • Muhamad Nazran Bin Hamzah

Abstract

Kursus Introduction to Retailing merupakan salah satu kursus wajib yang perlu dipelajari oleh pelajar semester 4, Diploma Pemasaran, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Salah satu penilaian yang terdapat dalam kursus ni adalah Field Trip Observation yang mana pelajar perlu lulus dengan syarat menghadiri lawatan beserta laporan. Penilaian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar peruncitan supaya pelajar boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari di bilik kuliah. Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan program Field Trip Observation dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar khususnya bagi topik pengurusan hubungan pelanggan (CRM). Aspek yang dikaji meliputi kesuaian tempat lawatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran insaniah (softskills).  Satu instrument kajian yang berbentuk soalan kaji selidik telah diedarkan kepada 50 orang pelajar semester 4 yang telah mengambil kursus ini pada semester 1 2023/2024. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan program lawatan ini memberikan kesan yang memberangsangkan kepada pelajar. Field Trip Observation ternyata dapat memberi keberkesanan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar terutama dalam kuliah dan sebagai pengalaman untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

 

Kata kunci: keberkesanan, pengetahuan dan kemahiran.

Downloads

Published

2024-09-09

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)