Kajian Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Bagi Kursus DCC30122 Fluid Mechanics

Authors

  • Nadia Binti Mohamed PUAN
  • Md Nasir Bin Md Safar
  • Noor Hazalina Binti Abdullah

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus DCC30122 Fluid Mechanics. Empat pembolehubah utama yang dikaji adalah minat dan motivasi pelajar, kaedah pengajaran dan personaliti pensyarah, tahap pembelajaran kendiri pelajar serta tahap pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan analisis korelasi Pearson untuk menentukan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah tersebut dengan pencapaian pelajar. Seramai 95 orang pelajar yang telah mengambil kursus ini terlibat dalam kajian ini. Dari hasil analisis kajian dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara minat dan motivasi pelajar, kaedah pengajaran dan personality pensyarah, tahap pembelajaran kendiri pelajar serta tahap pemahaman pelajar dengan pencapaian pelajar. Tahap pemahaman pelajar dikenalpasti sebagai faktor paling penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar dengan hubungan yang paling kuat (r = 0.439). Hasil kajian ini dapat memberikan panduan penting kepada pensyarah dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus Fluid Mechanics. Dalam usaha  meningkatkan pencapaian pelajar, focus utama perlu diberikan kepada proses meningkatkan tahap pemahaman pelajar sambil memupuk minat, motivasi dan tahap pembelajaran pelajar secara menyeluruh.

 

Kata kunci:  Fluid Mechanics, pencapaian pelajar, tahap pemahaman , kendiri

Downloads

Published

2024-09-07