Pembelajaran Interaktif Menggunakan Aplikasi Nearpod:Kajian Tindakan Terhadap Kursus Makroekonomi .

Authors

  • Quqriah Aqyniza Binti Zakaria Mrs

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah nearpod ke atas pelajar-pelajar diploma pemasaran yang mengambil kursus makroekonomi di dalam topik Perdagangan Antarabangsa. Seramai 32 orang pelajar terlibat dalam kajian tindakan ini. Dapatan daripada pemerhatian awal melalui latihan yang diberi di dalam kelas mendapati hasil pelajar berada pada tahap kurang memuaskan. Maka fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan kaedah alternatif iaitu pembelajaran interaktif bagi membolehkan para pelajar memahami topik yang diajar serta menguasai kandungan di dalam mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan. Penggunaan aplikasi nearpod dalam bentuk latih tubi, ulang kaji dan tugasan dalam talian telah menunjukkan pelajar lebih teruja dan dapat menumpukan perhatian lebih lama berbanding kaedah konvensional sebelum ini. Dapatan kajian melalui ujian Pra-Tindakan dan Pasca-Tindakan telah menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian dalam topik Perdagangan Antarabangsa. Manakala dapatan pemerhatian dan senarai semak mendapati terdapat perubahan yang positif daripada aspek tingkah laku dan minat peserta kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Hasil kajian memperlihatkan bahawa kaedah aplikasi nearpod mampu meningkatkan penguasaan dan kefahaman peserta kajian topik perdagangan antarabangsa serta mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Downloads

Published

2024-09-09

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)