Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Pelanggan terhadap Kafetaria di Universiti Awam:

Kajian Kes di Kafetaria Sime Darby, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Authors

  • Mohamad Zaki Ahmad Universiti Utara Malaysia
  • Che Dianah Umairah Che Dan
  • Norria Zakaria

Abstract

Kafetaria dalam kampus merupakan antara pilihan utama kepada para pelajar di universiti-universiti awam seluruh negara.  Dalam memberikan perkhidmatan makanan yang memuaskan hati pelajar sebagai pelanggan utama, pihak bertanggung jawab termasuk jabatan yang berkaitan di universiti dan pengusaha kafetaria perlu sentiasa memantau dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah konsisten dan memenuhi jangkaan serta harapan pelanggan.  Kafetaria Sime Darby dipilih berdasarkan popularitinya yang menjadi antara kafetaria pilihan utama pelajar untuk menjamu selera berbanding beberapa kafetaria lain yang terdapat di Universiti Utara Malaysia. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kepuasan pelanggan di kafetaria ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya agar perkhidmatan yang lebih baik, sempurna dan berbaloi (value for money) diberikan kepada semua pelanggan kafetaria bukan sahaja di UUM, malahan di semua universiti awam dalam negara.  Secara tidak langsung, ‘kesejahteraan’ hidup pelajar turut sama dapat dipertingkatkan.  Tiga faktor yang dikenalpasti adalah harga, kualiti dan kepelbagaian pilihan makanan. Pengumpulan data bagi kajian ini dijalankan sepenuhnya secara atas talian melalui beberapa platform seperti Whatsapp, Telegram dan imbasan Kod QR.

Downloads

Published

2024-09-09

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)