Faktor Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Kursus DCC40163 Theory Of Structure Dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Yang Disukai Oleh Pelajar Mengikut Persepsi Individu.
Abstract
Pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus boleh dianggap sebagai petunjuk penting dalam prestasi akademik mereka. Pencapaian akademik yang kurang memberansangkan akan menyumbang kepada kemerosotan ‘Course Learning Outcome’ (CLO) bagi sesuatu kursus, seterusnya akan menyebabkan ‘Programme Learning Outcome’ (PLO) tidak tercapai. Oleh itu satu kajian untuk kursus Theory Of Structure (DCC40163) dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar, menentukan sama ada terdapat pembolehubah tertentu yang mempengaruhi pencapaian pelajar dan mengenal pasti teknik pengajaran terbaik yang paling disukai oleh pelajar. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 121 orang pelajar daripada 3 sesi pengajian akademik yang berbeza. Data pencapaian pelajar untuk 3 semester terdahulu dijana melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) manakala data faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar diperolehi dengan menggunakan instrumen soalselidik dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statitistical Packages For Sosial Sciences). Statistik deskriptif analisis iaitu min digunakan untuk menjawab persoalan kajian berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar, variabel-variabel yang mempengaruhi pencapaian pelajar dan teknik pengajaran yang paling disukai oleh pelajar. Dapatan kajian mendapati bahawa rata-rata pelajar yang mendapat markah yang kurang memberansangkan dalam kursus ini tidak menguasai asas yang kuat dalam matapelajaran matematik tambahan sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu. Bagi membantu pelajar lemah ini, pensyarah perlu berkerja keras dalam mendidik pelajar dan mengulang semula beberapa topik yang melibatkan penggunaan matematik tambahan. Menurut persepsi pelajar mereka lebih gemar belajar kaedah bersemuka dan pensyarah perlu membekalkan video penyelesaian soalan latihan supaya mereka boleh melihat video berulang kali. Dengan cara ini kefahaman pelajar untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau topik akan meningkat.
Kata kunci : Faktor, kegagalan pelajar, pencapaian pelajar
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS