Kepentingan Aplikasi Tik Tok Dalam Mempromosikan Produk Dan Outlet Di Kalangan Peruncit Di Jitra
Abstract
Aplikasi TikTok merupakan media sosial yang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Penggunaannya yang semakin meluas dalam pelbagai bidang menjadikan ia sebagai pilihan utama pelanggan dalam mencari maklumat dan pengetahuan sama ada secara santai ataupun ilmiah. Trend ini dilihat sebagai satu peluang yang baik kepada peruncit dalam memperkenalkan produk ataupun outlet mereka di pasaran. Pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat menjadikan para peruncit bersaing antara satu sama lain melalui pelbagai platform terutama penggunaan aplikasi TikTok. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat kepentingan aplikasi TikTok dalam menyampaikan maklumat dan mempromosikan produk serta outlet dikalangan peruncit di Jitra. Data kajian menggunakan kaedah penyelidikkan kuantitatif. Pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang melibatkan 30 responden yang terdiri daripada peruncit tempatan yang berada di sekitar Jitra. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan TikTok memberi impak yang positif kepada peruncit dalam menyampaikan maklumat terutama dalam mepromosikan produk. Justeru dapatan kajian juga mencadangkan penggunaan TikTok perlu dilaksanakan secara meluas di kalangan peruncit terutama dalam meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan produk dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan sesuai dengan matlamat syarikat.
Kata kunci : Kepentingan, peruncit, TikTok dan promosi.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS