Pengaruh Keterlibatan Industri Dalam Kemampanan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di Politeknik

Authors

  • Suhaini Mat Daud Politeknik Sultan Abdul Halim Muádzam Shah
  • Siti Zaiton Binti Yahya
  • Nor Ifeezul Haikal Mohd Irwan

Abstract

Pembelajaran berasaskan kerja (PBK) adalah pendekatan pendidikan yang mengintegrasikan pengetahuan teori dan pengalaman kerja dalam industri, mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang relevan utuk memasuki pasaran pekerjaan yang semakin kompleks. Kejayaan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja dalam menghasilkan tenaga kerja mahir tidak dapat dinafikan lagi. Keterlibatan industri memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa pembelajaran berasaskan kerja adalah berterusan dan berdaya tahan. Industri tidak hanya terlibat pada peringkat permulaan atau semasa pembentukan program pendidikan PBK, tetapi juga terus memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang tempoh pembelajaran dan seterusnya sehingga pelajar tamat pengajian di Politeknik. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk mengukur tahap keterlibatan industri terhadap kemampanan perlaksanaan pembelajaran berasaskan kerja (PBK) di Politeknik Malaysia. Keterlibatan industri dalam konteks kajian ini diukur berdasarkan empat faktor iaitu tadbir urus, motivasi organisasi, fasiliti organisasi dan kefahaman kurikulum. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dimana responden adalah terdiri daripada 91 pensyarah pemantau PBK.  IBM SPSS versi 26 telah digunakan untuk menganalisa data kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan industri terhadap kemampanan pendekatan PBK di Politeknik adalah tinggi.

 

Kata Kunci:  Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK), Kemampanan, Keterlibatan Industri.

Downloads

Published

2024-09-07