Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar Diploma Akauntansi bagi Kursus DPA40123 Audit 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Authors

  • Mardiyana Marzuki puan
  • Nirwani binti Nayan

Abstract

Kursus DPA40123 Audit 1 adalah satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar semester 4 Diploma Akauntansi di Politeknik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar bagi kursus DPA40123 Audit 1 di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Seseorang pelajar memerlukan faktor pendorong untuk memastikan diri mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Responden yang terlibat adalah kesemua pelajar semester empat dan pelajar ‘carry modul’ seramai 50 orang yang mengambil kursus Audit 1 daripada program Diploma Akauntansi (DAT) Sesi 1 2023/2024 Jabatan Perdagangan, POLIMAS. Borang soal selidik diedarkan kepada 50 responden bagi tujuan pengumpulan data dan mengandungi 39 item instrument kajian. Pencapaian pelajar diambil dari keputusan Peperiksaan Akhir kursus DPA40123 Audit 1 Sesi 1 2023/2024. Dapatan kajian mendapati 63.6% responden menyatakan faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar, 71.4% responden bersetuju sikap juga mempengaruhi pencapaian pelajar bagi kursus DPA40123 Audit 1. 72.1% reseponden memberikan maklumbalas yang tinggi terhadap kaedah pembelajaran memberi kesan kepada pencapaian dan 55.4% responden menyatakan pengaruh rakan sebaya juga mempunyai impak kepada pencapaian kursus DPA40123 Audit 1. Secara keseluruhan dapatan kajian ini telah mengenal pasti minat, sikap, kaedah pembelajaran pelajar dan pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang lebih mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus DPA40123 Audit 1.

Downloads

Published

2024-09-09

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)