PENGGUNAAN KAEDAH “4NADC” DALAM TOPIK PERAKAUNAN ASET BUKAN SEMASA PELAJAR DIPLOMA PERAKAUNAN SEMESTER 2 SESI 2 2022/2023
Abstract
Kursus Financial Accounting 2 merupakan kursus teras dan merupakan kursus wajib lulus bagi pelajar Diploma Perakaunan semester 2 Jabatan Perdagangan. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah pengunaan kaedah “4NADC” dapat mengatasi kemerosotan pelajar dalam penilaian kursus Financial Accounting 2. Daripada tinjauan, pelajar yang mengalami kegagalan dalam penilaian berterusan dan peperiksaan akhir adalah disebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan di dalam topik tiga iaitu perakaunan perakaunan aset bukan semasa, ini menyebabkan markah yang dibawa semasa penilaian berterusan adalah rendah dan memberi kesan yang besar keatas keseluruhan markah. Topik ini merupakan topik yang berulang kali diuji di dalam penilaian kursus Financial Accounting 2. Kaedah yang digunakan adalah kaedah yang merangkumi cara menjawab soalan dengan penyusunan maklumat melalui soalan iaitu “4 column, Name of the asset, Acquired, Disposal, Cost” atau singkatannya adalah 4NADC. Pelajar akan menyusun maklumat di dalam soalan berdasarkan 4NADC sebelum jumlah pengiraan dipindahkan ke dalam akaun perakaunan perakaunan aset bukan semasa. Tinjauan awal dilakukan melalui keputusan penilaian berterusan pelajar sesi 1 2022/2023. Keputusan mendapati tahap penguasaan menjawab soalan tidak melepasi sasaran kursus iaitu di bawah paras lima puluh peratus. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan 4NADC dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan 4NADC telah membantu pelajar dalam pencapaian penilaian berterusan sesi 2 2022/2023. Oleh itu, penggunaan 4NADC memberi impak yang positif bagi pelajar memahami cara menjawab khususnya bagi kursus Financial Accounting 2.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS