Penggunaan SeBaKTi MST (MULTIPURPOSE SPORTS TOOL) Meningkatkan Kemahiran Merejam Bagi Sukan Bola Tampar Dalam Kalangan Murid Tahun 5

Authors

  • Norsiah Abu Bakar KPM
  • Mohd Riezman Ramli
  • Mohamad Asrul Daud

Abstract

ABSTRAK : SeBaKTi MST (MULTIPURPOSE SPORTS TOOL) adalah kaedah ansur maju yang digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Kebangsaan Bandar. Kemahiran permainan bola tampar dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid Tahun 5. Pada awalnya, ia digunakan sebagai alat untuk membantu murid mahir dalam kemahiran merejam bola supaya tepat kepada sasaran. Selain

kemahiran merejam bola (spiking), murid-murid menghadapi masalah dalam kemahiran mengumpan bola (setting). Selepas diperkenalkan dengan SeBaKTi MST, murid dapat membuat rejaman dengan tepat kepada sasaran dan pemain dapat melompat (melonjak) apabila berhadapan dengan jaring atau lawan yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, alat ini menggunakan metodologi pemerhatian di dalam gelanggang dan analisis dokumen pencapaian pemain didapati murid-murid bermasalah dalam merejam bola. Hasil dapatan kajian ini mendapati kemahiran murid-murid semakin bertambah baik dengan kualiti pukulan di hadapan jaring. Malah,

alat ini boleh juga digunakan oleh semua guru Pendidikan Jasmani dan jurulatih pasukan bola tampar sekolah dalam menajamkan kemahiran merejam, mengumpan dan melompat serta sukan lain yang bersesuaian. Idea ini seiring dengan Pembelajaran STEM yang bermula dengan pembelajaran Sains dan Matematik, menggunakan

Teknologi dan Kejuruteraan untuk mereka cipta alat baharu dan seterusnya menggunakan alat itu untuk bermain. Bahkan, alat ini juga menerapkan Elemen Teknologi Hijau yang merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Secara tuntasnya, alat ini selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat serta lebih baik untuk semua hidupan dan menjimatkan tenaga dan sumber asli.

Downloads

Published

2024-09-04