Meneroka Pendorong Pencapaian Kursus Kewangan Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar Program Diploma Pemasaran, Politeknik Port Dickson
Abstract
Kursus Kewangan Perniagaan merupakan subjek teori dan kira-kira melibatkan terma, konsep, formula dan lain- lain yang memerlukan kefahaman yang jelas agar pelajar dapat menjawab dengan baik. Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir, terdapat beberapa pelajar yang mengulang kursus pada setiap semester. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungkait di antara minat pelajar, gaya pembelajaran, motivasi pelajar dan sokongan pensyarah sebagai pendorang pencapaian pelajar bagi Kursus Kewangan Perniagaan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Kaedah kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif manakala kutipan data adalah melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 110 orang responden terdiri dari pelajar Diploma Pemasaran telah memberikan maklumbalas terhadap soal selidik tersebut. Terdapat empat pembolehubah bebas yang dikaji iaitu minat pelajar, gaya pembelajaran, motivasi pelajar dan sokongan pensyarah manakala pencapaian pelajar di dalam Kursus Kewangan Perniagaan sebagai pembolehubah bersandar. Hasil analisis mendapati bahawa keempat-empat faktor mempunyai hubungan positif terhadap tahap pencapaian pelajar, dengan faktor penyumbang terbesar adalah faktor minat pelajar. Ini menunjukkan bahawa pencapaian dalam kursus Pemasaran pembelajaran haruslah disokong oleh faktor minat pelajar terhadap kursus, gaya pembelajaran, motivasi dalam diri pelajar serta sokongan pensyarah kepada pelajar. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat kepada pelbagai pihak terutama pendidik di peringkat Politeknik dan di institusi- institusi pendidikan yang lain dalam memahami wujudnya hubungkait di antara gaya pembelajaran, minat pelajar, motivasi pelajar dan sokongan pensyarah terhadap pencapaian pelajar di dalam kursus ini. Pemahaman ini dapat memberi indikasi kepada pensyarah agar memberi fokus kepada empat faktor yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam kursus berkaita dengan mempelbagaikan penggunaan alat sokongan mengajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran ( PdP) yang lebih efektif.
Kata Kunci: pencapaian pelajar, minat, gaya pembelajaran, motivasi pelajar dan sokongan pensyarah.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS