NARTC KAJIAN KEBERKESANAN APLIKASI ICS FLASHCARD MOBILE APPS BAGI KURSUS DFC10033-INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM: TINJAUAN KE ATAS PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Authors

  • Ts. MOHAMAD SHAUFI KAMBARUDDIN FATHER
  • Ts AFZANIZAM BIN ALIAS
  • En. WAN AHMAD RAMZI BIN WAN YUSUF

Abstract

Penambahbaikan Kualiti Berterusan atau Common Quality Improvement (CQI) merupakan satu keadaan yang diwujudkan dalam setiap kursus akademik di Politeknik yang bertujuan memastikan kualiti program yang ditawarkan sentiasa dipantau dan ditambahbaik. Hasil CQI yang dibincangkan bersama pensyarah dan penyelaras kursus terdapat beberapa perkara yang boleh membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar bagi kursus Introduction To Computer System (ICS) antaranya penggunaan alatan bantuan mengajar (ABM) sebagai medium tambahan sokongan dalam meningkatkan penguasaan pemahaman pelajar. Kertas kajian ini memfokuskan analisis keberkesanan inovasi ICS Flashcard Mobile Apps yang telah dibangunkan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) Jitra, Kedah. Inovasi ABM ini dilengkapi dengan elemen grafik dan nota penerangan digabungjalin bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman para pelajar yang boleh diakses secara berpusat di platform Online Playstore secara percuma.  Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan sampel kajian sebanyak seratus (153) orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara lapan belas (18) hingga dua puluh lima (25) tahun. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa penggunaan ABM Inovasi ini dapat memberikan manfaat dalam pembelajaran, terutamanya dalam meningkatkan penguasaan pelajar bagi kursus DFC10033 Introduction To Computer System (ICS), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas).

Downloads

Published

2024-09-09