Peti Keselamatan Dengan Alat Pengesan Penceroboh Menggunakan ESP 32
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina peti keselamatan dengan alat untuk mengesan penceroboh menggunakan ESP32. Peti keselamatan ini direka menggunakan dua lapisan keselamatan iaitu lapisan pertama pengesan pencerobohan pada bilik simpanan peti besi dan lapisan ke dua iaitu mengesan pencerobohan pada peti keselamatan. Sistem keselamatan bilik simpanan diaktifkan menggunakan kata laluan 7653 dan dimatikan menggunakan kata laluan 3567. Apabila Passive Infrared Sensor (PIR Sensor) disktifkan ia akan mengesan kehadiran objek yang tidak dikenali dan data dihantar kepada Light Emitting Diode (LED) untuk menyala. Untuk keselamatan peti keselamatan kata laluan 9876 dimasukkan untuk menghidupkan sistem keselamatan manakala kata laluan 6789 untuk mematikan sistem keselamatan. Apabila diaktifkan Ultrasonic Sensor akan mengesan objek dan akan menghantar data untuk membunyikan Buzzer sekiranya pencerobohan berlaku. Sistem ini akan berfungsi sekiranya sistem keselamatan tidak dimatikan terlebih dahulu sebelum pintu bilik dan peti keselamatan dibuka. LCD digunakan untuk memaparkan sama ada sistem keselamatan diaktifkan ataupun tidak.
Keywords: PIR Sensor, Ultrasonic Sensor, ESP 32, peti keselamatan
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS