REKABENTUK PELIPAT BAJU SEGITIGA PINTAR
Abstract
Masakini, suri rumah sibuk dengan tugasan lain dan tiada masa dalam pengurusan melipat pakaian. Disamping juga perlu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi, sibuk wanita dan lelaki juga tidak mempunyai banyak masa untuk melipat pakaian. Ini akan menyebabkan tekanan besar kerana mereka menyedari pakaian mereka yang terbentang di rumah. Mesin pelipat baju segitiga pintar ini akan menjadi produk yang berguna untuk semua orang kerana mesin ini dapat membantu orang bujang dan pelajar mahupun semua orang dengan mempercepatkan proses melipat baju yang unik iaitu berbentuk segitiga. Selain itu, mesin ini juga berfungsi secara automatik dengan menggunakan sistem kawalan Arduino. Hal ini, mesin ini membantu untuk memudahkan kerja dengan melipat baju dengan lebih selesa kerana dengan adanya cara melipat baju secara manual ini boleh mengakibatkan lengun dan sakit sendi. Tujuan mesin ini diciptakan adalah untuk membantu melipat baju dengan lebih selesa dan tidak mengakibatkan permasalahan sakit sendi. Selain itu, cara melipat manual mengambil masa yang lama untuk melipat dan terhasilnya mesin ini dapat mengubah cara lipatan itu dengan lebih cepat berbanding cara melipat manual. Bagi masa 1 minit, automatik memperolehi 3 helai baju berbanding manual sebanyak 4 helai baju. Bagi untuk 3 minit pula, automatik mencatatkan helai baju sebanyak 12 helai dan manual sebanyak 8 helai sahaja. Dapatan menunjukkan automatik mencatatkan helaian baju sebanyak 19 helai dalam masa 5 minit dan manual mencatatkan helaian baju sebanyak 14 helai baju. Kesimpulannya, mesin ini akan membantu orang bujang mahupun pelajar dalam menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi bagi melipat baju yang berbentuk segi empat. Seterusnya projek ini akan menumpukan kepada ruang dan masa yang diambil untuk setiap lipatan yang terhasil serta akan menjadi disediakan dengan harga rendah yang mampu dimiliki oleh semua generasi dan produk mesra pelanggan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS