Pendekatan Kaedah Latih Tubi Dalam Meningkatkan Pencapaian Kursus Electrical Circuit Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Abstract
Kursus Electrical Circuit merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar semester 2 (DUA) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Diploma Politeknik Malaysia. Kemerosotan pencapaian kursus Electrical Circuit memberi impak yang besar kepada pencapaian keseluruhan pelajar. Hal demikian adalah kerana kursus ini merupakan kursus pra syarat kepada kursus Power System bagi pelajar program DEE dan DET. Sekiranya pelajar tidak lulus kursus ini, maka pelajar tersebut tidak layak untuk mengambil kursus Power System pada semester 4 (EMPAT). Rekabentuk model yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah Model Bridget Somekh (1989) yang mengambil masa selama satu semester. Tinjauan awal dibuat melalui keputusan Penilaian Berterusan pelajar pada sesi 1 2022/2023. Keputusan tinjauan mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap kursus Electrical Circuit adalah rendah. Maka, perancangan untuk mengendalikan kaedah Latih Tubi diperkenalkan kepada pelajar. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah Latih Tubi dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus ini. Kajian telah dilakukan sebelum ini dengan menggunakan kaedah Latihan Kendiri. Seterusnya tujuan kajian ini juga untuk membandingkan Latihan Kendiri dan Kaedah Latih Tubi. Keputusan kajian mendapati terdapat implikasi positif pencapaian pelajar di dalam kursus ini. Justeru, kajian ini dapat membantu pensyarah menangani masalah pencapaian pelajar dalam kursus Electrical Circuit. Di samping itu, diharapkan kaedah ini dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan pencapaian mereka secara amnya di dalam kursus Electrical Circuit.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS