Kepekaan Pensyarah Program Sijil Fesyen Dan Pakaian SFP) Dalam Implimentasi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Abad 21 Di Kolej Komuniti Malaysia

Authors

  • Mohd Imran Bin Ahmad Kamal
  • Iza Rida Binti Ismail
  • Mohammad Nizam Bin Saad

Abstract

Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kepekaan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berteraskan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia, dengan penekanan khusus pada bidang fesyen. Respondan dalam kajian ini terdiri keseluruhan 109 pensyarah yang mengajar dalam bidang fesyen di Kolej Komunniti Malaysia di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Instrumen soal selidik yang dibangunkan khusus oleh penyelidik berdasarkan Teori Kompetensi untuk menilai pengalaman penggunaan teknologi, infrastruktur teknologi, dan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam konteks PdP abad ke-21 dan di analisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan pengetahuan pensyarah tentang PdP abad ke-21 boleh ditingkatkan melalui peningkatan pengalaman penggunaan teknologi, penambahbaikan infrastruktur teknologi, dan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. Hasil ini memberikan implikasi yang signifikan untuk melaksanakan PdP dengan lebih berkesan pada abad 21 dan memberikan pelajar SFP pengalaman pembelajaran yang unggul. Pentingnya pengalaman penggunaan teknologi, infrastruktur teknologi, dan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pensyarah tentang PdP abad 21 dalam bidang fesyen di Kolej Komuniti berteraskan TVET. Ianya turut memberikan sokongan dan peluang kepada pensyarah untuk mengembangkan kemahiran teknologi, meningkatkan infrastruktur teknologi, dan memperkasakan amalan pengajaran dan pembelajaran. Impaknya juga turut mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar dan mereka akan mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi serta mempersiapkan diri untuk memasuki pasaran kerja yang kompetitif.

Downloads

Published

2023-07-12