Penggunaan Google Site Dalam Topik Analisis Harga Bagi Pelajar Diploma Pemasaran Semester 3 Sesi 2 2022/2023
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar kursus DPM30043 Pricing dalam topik Analisis harga melalui penggunaan google site. Daripada tinjauan awal mendapati pelajar tidak memahami isi pembelajaran topik tersebut kerana terlalu banyak dan panjang. Google site membantu pelajar mempelajari topik dan memberi maklum balas positif mengenai prestasi pemahaman mereka. Dengan penggunaan Google site, pelajar berpeluang untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih efisyen. Seramai 20 org pelajar kelas harga telah terlibat dalam kajian ini. Kajian dilaksanakan selama empat minggu bagi pengumpulan dan analisis data. Model kajian tindakan yang digunakan adalah Model Kemmis & Mc Taggart (1988) Model Kemmis & Mc Taggart (1988) dan Model Spiral Kajian Tindakan Kemmis (1988).Instrumen penilaian yang digunakan adalah melalui Google form dan soal selidik. Ujian Pra dan Pasca dilaksanakan untuk mengetahui pemahaman pelajar kursus Pricing dengan menggunakan Google Site. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan skor di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca dan dapatan menunjukkan penggunaan Google site mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar. Semua pelajar memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan Google site. Kaedah pengajaran ini boleh diperkembangkan lagi dengan menggunakan kepelbagaian aplikasi pengajaran bagi memperkasakan lagi pembelajaran dalam dunia digital.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS