Pengurusan Lean: Penambahbaikan Dalam Proses Penilaian Latihan Industri-Majikan

Authors

  • Nadhirah binti Albadri
  • Nurul Hidayah binti Ahmad Alemi
  • Sulianah binti Sani

Abstract

Penggunaan kemudahan teknologi aplikasi Google Suite Education seperti penstoran Google Drive dan Google Form dalam bidang pengurusan pendidikan telah banyak digunakan oleh kalangan pendidik dan institusi di Malaysia. Kesan positif akibat daripada penularan wabak Covid-19, mendesak pendidik dan pihak pengurusan institusi untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan pelajar khususnya pengurusan latihan industri (LI) institusi. E-Penilaian Latihan Industri-Majikan (ePLIMA-X+) telah dihasilkan sebagai alat bantu mengurus bagi menambah baik proses penilaian LI pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah oleh majikan. ePLIMA-X+ merupakan automated form bagi kaedah penilaian markah LI oleh majikan yang telah dihasilkan dengan menggunakan platform web Google Form yang diubahsuai dengan gabungan pengaturcaraan bahasa Google Appscript melalui Google Sheet yang merupakan pangkalan data bagi ePLIMA-X+. Sebaik sahaja majikan selesai membuat penilaian dan menghantar penilaian menggunakan ePLIMA-X+, data penilaian markah pelajar LI akan diolah dan disimpan di dalam pangkalan data(*data)berasaskan web (Google sheet) serta automated form akan dijana dalam bentuk .pdf. Hasil output ePLIMA -X+ adalah borang penilaian LI (Majikan) yang lengkap dan diemel satu salinan kepada majikan dan satu salinan lagi disimpan didalam platform Google Drive untuk diakses oleh penyelaras di Unit LI. Dengan adanya alat bantu mengurus ini, pengurusan penilaian markah LI pelajar oleh majikan dapat ditambahbaik serta tiada lagi kesilapan pengiraan peratusan markah berlaku. Ini secara tidak langsung, memberi impak positif kepada Lean Management pihak pengurusan LI serta memudahkan proses pengurusan dengan lebih cekap dan efisien di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Justeru, dengan menggunakan pendekatan lean, spesifiknya lean tools value stream mapping, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti proses penilaian Latihan Industri-Majikan menggunakan peta aliran nilai (value stream mapping) dan mengenal pasti non value added activity bagi proses penilaian Latihan Industri-Majikan. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti penambahbaikan selepas pelaksanaan pengurusan lean dalam penilaian Latihan Industri-Majikan berdasarkan analisis VSM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melaksanakan kaedah analisis dokumen penilaian Latihan Industri-Majikan bagi Sesi II:2022/2023. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui Peta Aliran Nilai (Value Stream Map - VSM). Hasil kajian menunjukkan melalui pengurusan lean dalam proses penilaian Latihan industri-Majikan, proses penilaian ini telah berkurang dari enam proses kepada dua proses sahaja. Process time bagi proses penilaian juga telah dapat dijimatkan sebanyak 87.38% dan performance excellence meningkat dari 40.2% kepada 100.00% berbanding masa yang digunakan sebelum pendekatan ini dilaksanakan.

Downloads

Published

2023-07-12

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)