Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman

Authors

  • Rosmawati Dahaman
  • Nur Shakila Rosli
  • Nur Sabrina Nordin

Abstract

Tingkah laku buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan. Ramai pelajar yang menjadi mangsa buli sehingga mendorong kepada berlakunya kematian. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji jenis buli yang berlaku dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Seramai 59 orang pelajar yang terlibat bagi menjayakan kajian ini. Sampel yang terlibat adalah pelajar daripada Sijil Komputer dan Rangkaian. Pengkaji menggunakan Krejcie dan Morgan untuk mendapatkan jumlah sampel yang diperlukan kajian. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Pengkaji menggunakan instrumen Adolescent Peer Relation Instrument (APRI) untuk mengenalpasti tingkah laku buli yang berlaku dalam kalangan pelaiar. Soal selidik diedarkan melalui google form secara dalam talian kepada sampel yang terlibat. Bagi menganalisis data, pengkaji menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 28. Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan digunakan untuk menentukan semester dan jantina responden. Analisis ANOVA pula digunakan untuk melihat perbezaan di antara jenis tingkah laku buli dan semester pengajian responden dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis buli yang berlaku dalam kalangan pelajar iaitu buli fizikal, buli lisan dan buli sosial. Sisihan piawai bagi ketiga-ketiga jenis tingkah laku buli adalah rendah iaitu 2.0 bagi buli fizikal, buli lisan 5.4 manakala bagi buli sosial pula adalah 4.2. Pengkaji juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara tingkah laku buli fizikal, buli lisan dan buli sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar dengan semester pengajian responden.  

Downloads

Published

2023-07-12

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)