Persepsi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Politeknik Malaysia Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Secara Dalam Talian

Authors

  • Fauzih binti Ayob
  • Suhana binti Sabran
  • Kamarulizuan bin Md Yasin

Abstract

Program Peningkatan Kemahiran (PPK) merupakan syarat wajib bagi urusan permohonan kenaikan pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT). Namun, kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara, kaedah pelaksanaan program PPK telah diubah daripada secara semuka kepada kaedah dalam talian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengukur persepsi PPPT terhadap tahap keberkesanan latihan dalam aspek peningkatan kompetensi, keberkesanan penyampaian penceramah dan penyelarasan latihan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan borang soal selidik dibangunkan oleh penyelidik serta telah melalui ujian kesahan dengan nilai alpha cronbach melebihi 0.7. Jumlah responden seramai 510 orang dikalangan peserta yang telah menghadiri PPK pada tahun 2022. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25 untuk mendapatkan nilai skor min. Hasil kajian menunjukkan tahap skor min yang tinggi terhadap peningkatan kompetensi responden, keberkesanan dalam penyampaian penceramah serta keberkesanan penyelarasan latihan.  Merujuk kepada hasil dapatan ini, dapatlah dirumuskan bahawa persepsi kepuasan PPPT terhadap keberkesanan pelaksanaan PPK dalam talian adalah berada pada tahap yang tinggi.

Downloads

Published

2023-07-12

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)