Pengetahuan dan Pemahaman Mahasiswa Diploma Tahfiz Wa Al Qiraat Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN) Mengenai Asas Ilmu Hadis
Abstract
Hadis merupakan rujukan umat islam dan sumber syariat kedua selepas al-Quran. Setiap fakulti pengajian islam di instuti pengajian tinggi awam atau swasta pasti menyediakan kursus asas ulmu hadis. Kursus ini dikenali dengan beberapa nama antaranya adalah ulum hadis dan metodologi ilmu hadis. Pemahaman dan pengetahuan ilmu hadis adalah sangat penting bagi mengelakkan syariat dan akidah bercampur dengan sumber tidak sahih iaitu penipuan terhadap baginda SAW. Fokus kajian ini adalah untuk mebgukur tahap pengetahuan dan pemahaman mahasiswa ITQAN mengenai asas ilmu hadis. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman asas ilmu hadis para mahasiswa yang memmahasiswainya. Responden kajian ini adalah mahasiswa-mahasiswa Diploma Tahfiz wa al Qiraat yang terdiri daripada 30 orang mahasiswa semester empat (4) dan 18 orang mahasiswa semester enam (6). Jumlah responden adalah 48 orang mahasiswa. Pendekatan kuantitatif telah menjadi pilihan penyelidik iaitu penyelidik mengedarkan soal selidik kepada responden. Data dianalisi secara deskriptif dengan menggunakan microsoft excel untuk mencari nisbahkadar frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati para mahasiswa Diploma Tahfiz wa al Qiraat mempunyai penguasaan, pemahaman dan pengetahuan yang baik berkenaan dengan asas ilmu hadis.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS