Tahap Kefahaman Usahawan B40 Terhadap Media Sosial
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman Usahawan B40 (kelompok berpendapatan rendah) terhadap penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dan promosi untuk perniagaan mereka. Kefahaman yang baik mengenai penggunaan media social dalam konteks perniagaan dapat memberikan potensi yang lebih besar bagi usahawan B40 untuk memperluas akses pemasaran seterusnya meningkatkan jualan mereka. Namun, usahawan B40 mungkin menghadapi masalah dalam memahami dan memanfaatkan sepenuhnya potensi media sosial sebagai medium pemasaran. Metodologi kajian ini melibatkan survey menggunakan soalan kajian kepada sejumlah 30 usahawan B40 yang menghadiri Kursus Transformasi Usahawan Digital 2021 di anjuran Kolej Komuniti Arau. Dan aktif menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman dan tahap kesediaan usahawan B40 dalam menggunakan media sosial adalah berada pada tahap sederhana. Pemahaman yang baik tentang media sosial membolehkan usahawan untuk menggunakan strategi pemasaran yang tepat. Mereka dapat menganalisis data dan maklumat dari platform media sosial bagi memahami kehendak pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Menghasilkan konten yang berkualiti serta peka kepada perubahan alat pemasaran di media sosial adalah kunci utama bagi memastikan pemasaran di media sosial dapat membantu Usahawan B40 dalam meningkatkan jualan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS