Sistem Pemantauan Automatik (IOT - Internet of Thing) Bagi Rumah Hijau

Authors

  • Isnawarni Ismail
  • Ramli Mat Amin

Abstract

Perubahan cuaca yang mendadak boleh menyebabkan berlakunya gangguan terhadap proses pembesaran dan penghasilan pertanian. Untuk hasil pertanian yang baik dan berkualiti, kawalan dan pemantauan terhadap faktor rumah hijau adalah penting dalam pertanian. Sistem konvensional susah untuk dipantau kerana ia hanya boleh dikawal di bilik kawalan. Objektif penyelidikan ini ialah manghasilkan sistem inovasi yang baru bagi menambahbaik sistem konvensional. Ia dinamakan Sistem Pemantauan Automatik Bagi Rumah Hijau Menggunakan IOT. Ianya menggunakan NodeMCU ESP8266 sebagai mikropengawal utama yang memberikan penyelesaian penjimatan kos pertanian dengan penyelenggaraan yang rendah, serta menghasilkan prestasi pertanian yang baik selain menghapuskan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia. Pengairan dilakukan secara automatik mengikut kadar kelembapan tanah iaitu pada 75% sehingga 85%. Penggunaan secara manual adalah tidak cekap kerana jika bekalan air melebihi atau tidak mencukupi pokok akan mati.  Dengan menggunakan NodeMCU ESP8266 ini, sistem penyiraman dilakukan secara automatik dan tanaman dapat tumbuh dengan subur. Pengawalan suhu juga dilakukan kerana suhu berperanan memberikan kesegaran dan perkembangan kepada pembesaran pokok. Sistem ini mengawal suhu sehingga 290 C, dimana apabila suhu melebihi 290 C, kipas di aktifkan bagi menstabilkan suhu kepada 290C dan ke bawah. Automasi rumah hijau ialah pendekatan teknikal dimana petani akan mendapat manfaat melalui pemantauan dan kawalan secara automatik. Ia menggantikan pengawasan langsung manusia terhadap pertanian yang dijalankan. Pada masa ini, disebabkan oleh pembangunan bandar yang pesat dan kekurangan tanah, terdapat keperluan besar untuk membina rumah hijau yang dikhaskan terutamanya untuk menanam tanaman. Dengan rekabentuk sistem ini, ianya boleh mengawal dan memantau rumah hijau menggunakan IOT dari lokasi pusat secara tanpa wayar.

Downloads

Published

2023-07-12