Inovasi Meja Serbaguna
Abstract
Inovasi meja serbaguna dihasilkan bagi kemudahan pelajar di ruangan perbincangan Pondok Ya Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzan Shah (POLIMAS) sebagai kemudahan prasarana ruangan rehat serta aktiviti bebas seperti perbincangan dan melakukan tugasan. Disamping itu, reka bentuk meja serbaguna ini lebih ringan dan menarik berbanding dengan meja yang sedia ada. Reka bentuk meja sedia ada di kawasan Pondok Pak Ya menyebabkan postur badan pengguna membongkok ketika berehat atau sesi perbincangan dan membuat tugasan. Masalah ini menyebabkan pelajar kurang selesa dan sakit belakang. Selain itu, meja sediaada bersaiz besar, berat dan mewujudkan ruang menjadi terhad. Kajian ini adalah mereka bentuk dan menguji tahap kesesuaian reka bentuk inovasi meja sebaguna bagi keselesaan kepada pelajar serta menguji tahap keberkesanan penggunaan meja serbaguna sebagai kemudahan kepada pelajar. Dimensi reka bentuk meja serbaguna berukuran 24 inci (panjang) x 24 inci (lebar) x 30 inci (tinggi). Responden kajian adalah pelajar Diploma Kejuruteraan Awam ( DKA ) semester 1 hingga semester 5 iaitu seramai 150 orang pelajar dimana borang kaji selidik telah digunakan dalam pengumpulan data. Keputusan kajian mendapati ketiga-tiga objektif tercapai. Dapatan kajian membuktikan inovasi meja serbaguna sesuai sebagai kemudahan prasarana kepada pelajar dan warga POLIMAS membuat aktiviti bebas serta dapat mewujudkan suasana kondusif bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS