Inkubator Pintar Menggunakan IOT

Authors

  • Ramli Mat Amin
  • Isnawarni Ismail
  • NS Rahim Muda Meh

Abstract

Kenaikan harga anak ayam sejak kebelakangan ini meresahkan penternak dengan sebahagian besar mereka mendakwa terbeban dengan kos yang tinggi. Proses penetasan semula jadi menggunakan ibu ayam hanya boleh menetas sekitar 50 ke 60 peratus sahaja. Masalah yang dihadapi ini di ambil perhatian, supaya tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik. Reka bentuk dan perlaksanaan sistem kawalan pintar untuk inkubator telur berdasarkan teknologi IoT dikenali sebagai Inkubator Pintar Menggunakan IOT atau Smart Incubator Using IOT, amat sesuai digunakan mengikut arus teknologi terkini yang dikawal menggunakan IOT (Internet of Things) bagi menghasilkan anak ayam untuk ternakan.  Objektif inkubator ini direkabentuk supaya berfungsi secara automatic dan ianya boleh di kawal dengan menggunakan telefon pintar. Semasa proses pengeraman telur, suhu dalaman incubator disetkan adalah antara 37º hingga 39º celcius dan kelembapan udara pada kadar 50 ke 60 peratus. Bekalan kuasa bagi Inkubator ini adalah dari bekalan kuasa domestik dan bateri sebagai ganti sekiranya berlaku gangguan bekalan kuasa supaya ianya sentiasa berfungsi dengan baik. Inkubator ini menggunakan microcontroller bagi mengawal suhu, kelembapan, pergerakan telur, kipas, paparan lcd monitor dan aplikasi pada telefon bimbit. Kawalan pada inkubator menjadi mudah dan maklumat inkubator boleh diperolehi dan dikawal mengikut keperluan melalui telefon pintar. Hasil daripada kawalan suhu dan kelembapan pada inkubator ini membolehkan proses kemenjadian anak ayam berlaku dengan baik, kadar penetasan telur adalah tinggi iaitu melebihi 80% telur menetas. Ini membolehkan penternak menperolehi anak ayam secara berterusan dan menjimatkan kos bagi memperolehi anak ayam untuk diternak.

Downloads

Published

2023-07-12