Adaptasi Pendigitalan dalam Kalangan Pengusaha Agro Makanan di Negeri Perlis

Authors

  • Suhaini Mat Daud
  • Azlini Awang

Abstract

Keusahawanan digital kian popular dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula negara sedang berdepan dengan permasalahan isu Covid19. Kajian lepas telah membuktikan bahawa usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mencapai tahap pengkomputeran yang tinggi tetapi masih bergelut untuk merentasi jurang pendigitalan yang dapat meningkatkan keuntungan perniagaan dan produktiviti dengan ketara. Kehadiran dalam talian bagi kebanyakan PKS juga masih kurang meskipun mempunyai sambungan internet. Oleh itu, satu  kajian akan dilaksanakan bertujuan untuk menilai landskap penggunaan teknologi oleh pengusaha agro makanan dan mengenal pasti peluang untuk meningkatkan produktiviti pengusaha agro makanan dan pertumbuhan perniagaan. Kajian yang akan dilaksanakan berbentuk kuantitatif iaitu pengumpulan maklumat melalui pengedaran borang soal selidik dalam kalangan pengusaha agro makanan di Negeri Perlis. Hasil dari kajian ini akan dapat memberi panduan kepada kerajaan negeri terutama agensi yang terlibat didalam pembangunan keusahawanan perusahaan kecil dan sederhana, pihak swasta dan pihak-pihak lain yang berkepentingan didalam merangka pelan pembangunan ekosistem keusahawanan digital khususnya bagi Negeri Perlis.

Downloads

Published

2023-07-12