Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif dalam Kursus Web Development Technology

Authors

  • Ts. Nooraza Othman

Abstract

Pembelajaran kolaboratif merupakan strategi latihan yang melibatkan pekerja atau pelajar berkongsi kepakaran dan pengetahuan. Kesinambungan elemen peer-to-peer format membenarkan pelajar mempelajari daripada satu sama lain, di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni yang berguna kepada pelajar. Maka, tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah ini ke atas pelajar-pelajar yang mengambil kursus Web Development Technology sebagai penyelesaian masalah dalam memahami kandungan topik integrasi kod Java Server Pages (JSP) dengan teknologi Java Database Connectivity (JDBC). Fokus kajian juga untuk melihat kaedah ini sebagai tools bagi membina keyakinan diri dan minat pelajar.  Keputusan yang diperolehi berdasarkan penilaian awal yang dilaksanakan di dalam kelas, memaparkan tahap pelajar berada di tahap yang sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, kajian ini telah memfokuskan kepada keberkesanan pembelajaran kolaboratif sebagai ‘perantara’ bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar. Setelah kaedah ini dilaksanakan, terdapat peningkatan secara relatif dibuktikan keatas 20 orang pelajar melalui dua penilaian (pra dan pasca). Kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran kolaboratif dapat menjadi pendekatan yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan pemahaman pelajar dan minat mengenai topik integrasi kod JSP dengan teknologi JDBC. Kajian ini memberikan wawasan bagaimana pendidik dapat menyokong pelajar dalam pembelajaran teknologi ini serta menjadi panduan untuk kajian masa depan dalam bidang ini. Projek kajian akan datang boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus ini dengan melibatkan bengkel secara khusus dan teknik pengajaran yang berbeza.

Downloads

Published

2023-07-12