Kajian Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Augmented Reality (AR) Dan Perkaitannya Dengan Program Pengajian Di Kalangan Pelajar Kelas Pengajian Malaysia

Authors

  • Norhafizah binti Abdul Rahman
  • Abda Hamida D. Abdul Hameed
  • Hasnah Hassan

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap pengguaan aplikasi Augmented Reality (AR) dan perkaitannya dengan program pengajian pelajar (Sijil Pastri (SPT) dan Sijil Terapi Kecantikan Dan Spa (STK)). Sampel kajian terdiri daripada 57 orang pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru. Semua maklumat diperolehi menggunakan borang soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan perisian komputer (Statistical Package for Social Science). Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap persepsi pelajar tanpa mengira program pengajian yang diambil terhadap penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR). Kajian ini dibuat untuk mendapatkan tahap persepsi pelajar bagi penyediaan pensyarah menggunapakai aplikasi augmented reality (AR) seterusnya memenuhi maklumbalas kurikulum (dokumen MQA-04). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Hasil dapat kajian ini menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR) berada di tahap tinggi. Hasil dapatan kajian juga telah menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan di antara tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR) dengan program pengajian pelajar (Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK) dan Sijil Pastri (SPT)). Hasil dapatan kajian ini memberikan indikator kepada pensyarah agar dapat menggunakan aplikasi Augmented Reality (AR) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat menyediakan pelajar dalam mendepani cabaran ledakan teknologi semasa.

Downloads

Published

2023-07-12