Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Smart Classroom Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Authors

  • Suhaini Mat Daud
  • Marsunita Md Saad

Abstract

Evolusi sistem Pendidikan di Malaysia terus berkembang dengan pesat selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dilihat sebagai elemen yang sangat penting kearah memacu perkembangan Sistem Pendidikan Negara ke tahap global. Dengan kemajuan teknologi, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) telah digabungkan secara konvensional dan dalam talian (e-pembelajaran). Ini kerana pengaruh penggunaan teknologi di dalam pendidikan dilihat mampu memberikan impak yang positif di dalam menjadikan proses PnP lebih menarik, efisien dan menyeronokkan. Menyedari kepentingan ini, Smart Classroom telah dibangunkan dengan menggunakan google classroom sebagai platform asas dan diintegrasikan dengan beberapa aplikasi atas talian yang lain yang percuma seperti pear deck, slido.com, padlet, zoom dan quizziz. Objektif utama perlaksanaan Smart Classroom ini adalah untuk mempelbagaikan kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran supaya kelas dapat dilaksanakan dengan lebih menarik, interaktif dan menyeronokkan. Bagi menguji penerimaan pelajar terhadap penggunaan Smart Classroom ini, satu kajian telah dijalankan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif telah dilaksanakan keatas 70 orang pelajar yang mengambil kursus Pemasaran Perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Smart classroom ini mampu memberikan satu alternatif pendekatan PnP yang menarik, interaktif dan menyeronokkan selari dengan keperluan IR4.0. Pelajar didapati lebih berminat untuk belajar, mudah untuk memahami kursus yang diajar,dan mereka juga aktif memberikan pendapat semasa di dalam kelas.

Downloads

Published

2023-07-12