Persepsi Pelajar Terhadap Pembangunan Video bagi Kursus Amali Gegas

Authors

  • Siti Salwa Samsuri
  • Norhasimah Habibi
  • Suzana Shafei

Abstract

Elemen aplikasi multimedia telah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan. Kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kursus amali DJJ10022 – Mechanical Workshop Practice. Responden kajian terdiri daripada pelajar semester satu program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Skor yang diperoleh dari analisa soal selidik ialah dalam julat 4.00-5.00 bagi keseluruhan item. Hasil dapatan menunjukkan maklumbalas yang positif diterima dari pelajar di mana penggunaan video ini dapat membantu kefahaman pelajar dalam melaksanakan kerja amali tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Hasil kajian ini juga dapat membantu pensyarah dalam pembangunan video interaktif bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran khususnya bagi kursus amali di politeknik.

Downloads

Published

2023-07-11