Penggunaan Multifunctional PdP Tools (MPT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pengguna terhadap Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu Multifunctional PdP Tools (MPT). MPT digunakan untuk membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) supaya menjadi lebih cepat dan mudah. MPT boleh juga dikategorikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah terbukti memberi manfaat serta boleh digunakan di lapangan khususnya di pusat-pusat pengajian di Malaysia. MPT merupakan produk inovatif terkini yang dicipta untuk menambah baik produk sedia ada, khusus untuk memudahkan dan memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat setempat khususnya tenaga pengajar, pelajar dan golongan yang ingin membuat pembentangan dari membawa pelbagai ABM yang berat dalam satu-satu masa. Produk ini mempunyai pelbagai kegunaan iaitu laser, pen-drive, marker, pen dan magnet. MPT merupakan antara produk terbaik yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan iaitu dapat menjimatkan masa dan kos. Produk ini direka untuk memenuhi keperluan dan memudahkan rutin harian pelanggan. Melalui maklumbalas daripada pengguna yang berpotensi, menunjukkan bahawa MPT mendapat penerimaan yang baik dan sangat membantu dalam proses PdP disebabkan produk inovasi ini mempunyai pelbagai fungsi kegunaan. MPT ini sangat sesuai untuk kegunaan harian di pelbagai institusi terutamanya ahli akademik kerana golongan ini kerap menggunakan ABM yang mempunyai semua fungsi seperti yang terdapat pada MPT ini setiap hari. Antara punca utama produk ini dicipta adalah untuk mengurangkan kos, menjimatkan masa dan ruang kerana MPT mempunyai beberapa kualiti yang baik dari segi kepelbagaian fungsi dan tahan lama. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada warga Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Data dianalisis menggunakan ‘Statistical Package for Social Science (SPSS version 26.0)’. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan MFT. Selain itu, berdasarkan kajian tinjauan yang dilaksanakan di POLIMAS, penggunaan ABM ini dalam proses PdP adalah penting.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS