Keberkesanan Penggunaan Pipe Bevel Cutting and Welding Jig
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan projek Pipe Bevel Cutting and Welding Jig dan mengesahkan bahawa penggunaan projek ini mampu meningkatkan tahap keselamatan dan kemahiran para pelajar dalam melaksanakan kerja amali kimpalan untuk kursus DJF31022 manufacturing workshop practice 2. Seramai 30 pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal daripada kursus DTP3A (15 orang) dan DTP3B (15 orang) sesi 1:(2022/2023) serta 2 orang tenaga pengajar kursus kimpalan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLIMAS dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang dilaksanakan di POLIMAS. Instrumen bagi kajian ini adalah borang soal selidik dengan skala Likert yang diedarkan sejurus selepas selesai responden melaksanakan proses kerja amali kimpalan. Analisis data menggunakan Perisian Microsoft Excel. Persoalan soal selidik adalah berkaitan dengan mengenai prosedur dan tahap keselamatan semasa kerja pemotongan bersudut (bevel) menggunakan kaedah lama iaitu dengan menggunakan hand grinder dan kikir berbanding dengan kaedah baru menggunakan mesin pipe bevel cutting and welding jig. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati responden bersetuju bahawa penggunaan mesin pipe bevel cutting and welding jig berada dalam keadaan sangat baik .Ia berdasarkan kepada graf perbandingan sebelum dan selepas penggunaan mesin Pipe Bevel Cutting and Welding Jig. Nilai min adalah tinggi iaitu di antara 3.47 hingga 3.62 bagi mesin Pipe Bevel Cutting and Welding Jig berbanding dengan kaedah penggunaan hand grinder dan kikir iaitu 1.41 hingga 2.28 sahaja. Berdasarkan dapatan tersebut jelas menunjukkan bahawa penilaian responden terhadap penggunaan mesin Pipe Bevel Cutting and Welding Jig telah berjaya memberi kesan yang sangat baik kepada para pelajar dan tenaga pengajar kerana ia lebih memudahkan dan selamat untuk digunakan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS