Keberkesanan Penggunaan “PLC Programming & Simulator Using IOT”

Authors

  • Mohd Zaniel Mahadzir
  • Azahar Mohd Noor
  • Syaiful Nizam Ab Rahim

Abstract

Di dalam kajian alat bantu mengajar ini, aturcara menggunakan perisian Cx-Programmer (Version 9.7) pada sistem kawalan pengawal logik boleh aturcara (PLC) model OMRON PLC CP1E dilaksanakan secara IOT dengan menggunakan telefon pintar. Ia mengunakan pendekatan pembelajaran berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar semasa melaksanakan penilaian amali secara online sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sesi PdP terpaksa dilakukan secara online. Kaedah pembelajaran yang diterapkan berasaskan sistem kawalan PLC bersimulasi berkomputer. Para pelajar diajar tentang teori, pembinaan aturcara Ladder Diagram secara IOT. Proses aplikasi sistem secara simulasi menggunakan perisian Factory IO version 2.4.3. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan “PLC programming & Simulator using IOT ". Seramai 30 responden daripada kalangan pelajar daripada kursus DEM4A (15 orang) dan DEM4B (15 orang) terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kajian kes dimana pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah deskriptif iaitu skor min bagi menilai keberkesanan modul amali. Data soal selidik diedarkan di akhir proses pengajaran melalui perisian google forms. Analisis data ini menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul amali ini memberi kesan pada tahap yang baik berdasarkan kadar min yang tinggi iaitu bagi item PLC programming secara IOT menggunakan telefon mencapai 4.48 dan bagi PLC simulator secara grafik simulasi mencapai 4.46 serta 4.79 bagi item kesan pembelajaran modul amali. Kesan daripada penggunaan modul amali ini, didapati ia mampu meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran pelajar.

Downloads

Published

2023-07-10