Pembangunan Papan Litar Bercetak bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS
Abstract
Di dalam cabaran pendidikan era pandemik ini, para pengajar perlu proaktif mengadaptasi segala keperluan pengajaran secara dalam talian ekoran daripada perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan pengajaran secara bersemuka. Ini termasuklah alat bantu mengajar dan pelbagai kaedah penyampaian mengajar secara dalam talian supaya pelajar dapat menerima dan memahami ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Langkah ini bersesuaian dengan objektif strategik 4B, Teras 4, Pelan Strategik Politeknik iaitu menerajui sistem pendidikan melalui TVET 4.0 dengan meningkatkan keberkesanan mekanisme penyampaian. Begitu juga dengan kursus Electonic Equipment Repair yang terpaksa ditangguhkan pada sesi Jun 2020 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akibat daripada kurang alat bantu mengajar amali yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh pensyarah politeknik yang mengajar pelajar di rumah masing-masing secara dalam talian. Antara pemasalahan lain, kurang perisian yang sesuai dan pelajar memerlukan kemahiran dan peralatan khas untuk mendiagnosis masalah pada peralatan elektronik dalam kursus Electronic Equipment Repair. Alat bantu mengajar yang sedia ada hanya sesuai digunakan di makmal politeknik dengan pantauan pensyarah secara bersemuka. Oleh itu, pengkaji menaiktaraf alat bantu mengajar tersebut yang dinamakan EqR Edukit dan Mobile E-Meter untuk pengajaran amali secara atas talian. Kedua-dua alat bantu mengajar ini meningkatkan pemahaman pelajar dan minat pelajar dalam kursus tersebut walaupun belajar jauh dari pensyarah dan makmal. EqR Edukit ini boleh digunakan di dalam empat kerja amali di dalam kursus tersebut dan Mobile E-Meter pula menggunakan dua teknologi tanpa wayar iaitu Bluetooth dan Wifi bagi memudahkan bacaan dari telefon pintar pelajar masing-masing. Sebagai kesimpulan, EqR Edukit dan Mobile E-Meter telah menyelesaikan masalah alat bantu mengajar yang bersesuaian bagi tujuan mengajar amali kursus Electonic Equipment Repair secara dalam talian.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS