Mengurangkan Masalah Pelajar Tidak Menghantar Tugasan Penilaian Berterusan Bagi Kursus DFP4013 - Visual Programming Dengan Pemfokusan Kumpulan Kecil

Authors

  • Abdul Aziz bin Ab Nasir

Abstract

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan masalah pelajar yang tidak menghantar tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang pembelajaran dalam talian sepenuhnya ketika negara dilanda penularan pendamik virus Corona 2019 (COVID-19). Semua tugasan tersebut merupakan tugasan penilaian iaitu mempunyai markah dalam Penilaian Berterusan (PB). Kajian tindakan ini memfokuskan kepada tiga (3) orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau DDT yang mengambil kursus Visual Programming (DFP4013) dalam tempoh satu semester. Intervensi awal yang diambil ialah mengenal pasti bilangan pelajar yang bermasalah dan mengenalpasti tugasan penilaian yang masih belum dihantar. Intervensi seterusnya ialah mewujudkan kumpulan media sosial yang kecil iaitu khas untuk pelajar yang telah dikenalpasti agar lebih fokus. Pengkaji membuat pemantauan dengan lebih kerap dan memberikan beberapa peringatan dan sedikit motivasi kepada mereka. Setelah pelaksanaan intervensi dibuat, didapati pelajar yang bermasalah tersebut dapat menghantar semua tugasan penilaian yang dikehendaki walaupun terdapat tugasan penilaian berkenaan tidak memenuhi semua kehendak rubrik tugasan penilaian tersebut.

Katakunci: masalah pelajar; tugasan; kumpulan kecil;

Downloads

Published

2021-10-02

Issue

Section

Teaching and Learning