Pembangunan Sistem Kawalan Menggunakan Aplikasi Blynk bagi Mesin Flip Vacuum Thermoforming
Abstract
Mesin Flip Vacuum Thermoforming merupakan mesin yang telah dibangunkan sebagai alat bahan bantu mengajar bagi menunjukkan proses pembentukan termal vakum. Ia merupakan proses pembentukan di mana lembaran termoplastik dipanaskan ke suhu haba herotan diikuti proses penyedutan (vakum) pada rongga cetakan sehingga membentuk acuan. Mesin ini diaplikasikan kepada pelajar semester 4 program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) dalam kursus DJC3032 Plastic Workshop Practice. Namun terdapat kekurangan pada reka bentuk mesin Flip Vacuum Thermforming iaitu pada aspek kawalan parameter. Reka bentuk mesin sedia ada tidak dilengkapi dengan sistem kawalan yang dapat menentukan suhu herotan haba lembaran termoplastik serta tempoh yang tepat bagi proses pemanasan dan penyedutan. Kesannya, produk yang dihasilkan mengalami beberapa kecacatan seperti koyak, bentuk tidak sekata, renyuk, berkedut dan lekatan acuan. Oleh itu, penambahbaikan reka bentuk mesin dibuat dengan membangunkan sebuah sistem kawalan IOT yang menggunakan aplikasi Blynk yang dapat mengawal parameter suhu haba herotan (HDT) dan tempoh pemanasan (tH). Dengan adanya sistem ini ia dapat memudahkan pelajar menentukan dan mengawal parameter menerusi paparan pada telefon pintar dan skrin di mesin
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS