Mengkaji Kadar Resapan Air dan Kadar Serapan Haba Siling Gipsum Campuran Serbuk Pandan dan Keupayaannya Dari Dihampiri Haiwan Perosak

Authors

  • SaedatulFirdaus Bt Sa’arani

Abstract

Siling merupakan kemasan di dalam rumah yang berfungsi sebagai pelindung rangka dibawah bumbung dan secara umunya merangkumi beberapa bentuk dan corak. Siling berperanan sebagai lapisan kedua berupaya menahan kemasukan air, penebat haba dan berupaya menghindari tikus di atas siling.  Hasil dari kajian yang telah dijalankan iaitu ujian pemerhatian selama 3 bulan menunjukkan tikus tidak mendekati siling gipsum campuran serbuk pandan ini. Ujian resapan haba pula menunjukkan sampel 2 adalah sampel yang mampu menyerap haba sehingga 100°C selama 24 jam dengan peratus resapan habanya sebanyak 0.54%. Ujian serapan air menunjukkan, sampel 2 iaitu adalah sampel yang mengalami serapan air yang paling sedikit iaitu sebanyak 0.07%. Ini kerana kandungan gipsum dan serbuk kaca merupakan bahan yang menguatkan siling dan dapat membuatkanya telap air. Siling gipsum campuran serbuk pandan ini berpotensi menghindarkan tikus di atas siling rumah, seterusnya penyakit merbahaya daripada tikus dapat dibendung. Ianya juga dapat mengurangkan suhu pada ruangan tertutup iaitu di dalam rumah dan mampu menahan kemasukan air ke dalam rumah jika bumbung bocor.

 

Kata kunci:   siling gipsum, pandan, serapan air dan resapan haba

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)