Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Melukis Litar Pneumatik Dengan Penggunaan Perisian Fluidsim

Authors

  • Ahmad Shafawi bin Abdullah
  • Khairul Adly bin Abd Wahib
  • Mohd Majdi bin Abdullah

Abstract

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis litar pneumatik menggunakan perisian FluidSIM dalam kalangan pelajar semester empat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Berdasarkan pemerhatian awal, sebilangan pelajar menghadapi kesukaran mengenal pasti komponen-komponen sistem pneumatik dan simbol 
dengan betul seterusnya sukar membangunkan litar operasi sistem pneumatik dengan tepat. Menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988), kajian ini melibatkan fasa perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Intervensi yang dilaksanakan merangkumi panduan berstruktur secara langkah demi langkah menggunakan perisian FluidSIM, aktiviti simulasi penyelesaian masalah sebenar, video tutorial pendek, dan pendekatan pembelajaran kolaboratif secara kendiri. Data dikumpul melalui ujian pra dan pasca, temu bual separa berstruktur, dan pemerhatian berstruktur semasa sesi pengajaran. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademik (purata markah meningkat daripada 49.3% kepada 55.8%), peningkatan keyakinan pelajar, dan penglibatan aktif dalam pembelajaran. Kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan perisian FluidSIM secara sistematik sebagai alat pengajaran berkesan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam melukis litar pneumatik, di samping meningkatkan keyakinan mereka dalam menggunakan perisian simulasi secara kendiri. Pendekatan ini disarankan untuk pelaksanaan berterusan dalam kursus pneumatik dan hidraulik di peringkat politeknik. 

Kata kunci: Fluidsim, Pneumatik, Simulasi, Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kejuruteraan Mekanikal Politeknik

Downloads

Published

2025-10-21